Senario di minggu pertama persekolahan anak kecil yang menangis, berkepit dengan mak ayah dan ada juga yang sudah sampai sekolah tapi mahu balik rumah merupakan norma yang akan kelihatan setiap awal tahun.

Dalam hati anak kecil ini perasaan mereka bercampur-campur. Takut, sedih, malu, seronok, gementar pun ada.

Ibubapa pula dalam fikiran mereka penuh dengan kerisauan. Risau anak beli makanan di kantin, bolehkan dia berbelanja? Risau bagaimana pengurusan diri anak di tandas dan risau anak kena buli.

Dalam penulisan kali ini adalah mengenai 3 Kit Pertolongan buat ibubapa untuk bijak mengawal situasi dan menyediakan anak kearah lebih berdikari.

“Ya Allah Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid, sesungguhnya Engkau Maha Berilmu, bijaksana dan cerdas, kami ini hambaMu yang jahil merayu dan merintih akan sedikit ilmu, kebijaksanaan dan kecerdasanMu agar kami mampu menjadi ibubapa yang membimbing anak-anak kami ke jalan taqwa yakni jalan syurgaMu”

3 TIP UNTUK ANAK MULA BERSEKOLAH DENGAN RAHSIA TULISAN TANGAN

1. Mendengar Sepenuh Perhatian

Anak yang baru bersekolah mesti banyak cerita daripada mereka. Mereka akan menceritakan satu persatu tentang kawan, cikgu, makanan di kantin, buku baru dan aktiviti di sekolah.

Perkara pertama adalah mendengar. Dengan mendengar, ibubapa boleh tahu perasaan anak kita di hari persekolahan. Teruja, gembira, takut atau sedih.

Dengan mendengar juga, ibubapa telah memudahkan proses untuk anak-anak meluahkan perasaan dan emosi yang dirasai ketika itu.

 

Maklum balas memang penting tapi kena ada cara yang betul dan tepat. Ibubapa hendaklah beri maklum balas yang dihadirkan dengan rasa empati. Seperti, ohh..ceritakan lagi kepada ibu, begitu..perasaan kamu.

Di awal perbualan, beri anak-anak ruang dan peluang untuk mereka bercerita.

Seboleh-bolehnya elakkan daripada mengeluarkan kata-kata nasihat, ayat yang berbentuk larangan seperti jangan dan tidak boleh. Ini akan memberhentikan mereka jelajahi perkara dan situasi baru.

 

2.Meraikan Perasaan Anak

Apakah dengan meraikan perasaan anak akan membuat mereka berlebih-lebih lagi?

Dalam situasi anak mengadu kepada ayahnya bahawa dia bersedih selepas penselnya hilang.

 

Meraikan perasaan anak-anak mampu membuatkan mereka selesa seterusnya mereka dapat berimaginasi mencari jalan keluar bagi masalah yang dihadapi.

Kebanyakan yang dilihat, situasi yang berlaku adalah sebaliknya. Dari meraikan perasaan kepada penafian perasaan.

 

Penafian perasaan sangat tidak bagus dalam proses pembesaran anak-anak. Hal ini kerana, perlunya rasa untuk dihargai dan diterima merupakan salah satu elemen penting untuk anak-anak membina keyakinan diri.

Ibubapa yang meraikan perasaan anak-anak, secara tidak langsung akan mengurangkan kesedihan dan tekanan yang dirasai. Jangan takut melayan emosi anak.

“Allah Ya Sobur, alirkan kesabaran yang tinggi dalam diri kami untuk mendidik dan membesarkan mereka iaitu amanah dariMu”

Kita yang dewasa juga begitu. Bila pasangan kita mendengar luahan masalah dan paham emosi kita, kita akan berasa senang dan dihargai. Masalah jadi ringan apabila dikongsi bersama

 

3.Kenal Pasti Emosi melalui Tulisan Tangan

Tidak semua orang yang menulis dengan tangan kiri, semestinya tulisan akan mengarah ke kiri. Begitu juga dengan orang yang menulis menggunakan tangan kanan, arah hurufnya tidak juga akan sentiasa ke kanan.

Secara ringkasnya Slant atau arah huruf ketika kita menulis tidak dipengaruhi oleh tangan kidal atau tangan kanan. Dalam analisis tulisan tangan, mudah untuk meneka emosi individu apabila melihat ke arah mana huruf yang individu itu tulis.

 

  • Arah Huruf ke Kanan

Tulisan dengan arah huruf ke kanan emosi mereka lebih terbuka. Mereka mudah mempamerkan dan menunjukkan perasaan dan kelakuan mereka. Mereka juga cepat simpati dan adakalnya terbawa-bawa emosi. Sikap mereka yang sebegini  senang untuk bersosial dan menjalin hubungan baik dengan orang lain.

  • Arah Huruf Tegak

Arah huruf yang tegak juga ada maksud. Arah huruf yang tegak menggambarkan seorang yang neutral, rasional dan akan berfikir dahulu sebelum bertindak. Mereka ini mampu mengawal emosi dengan baik dan selalunya keputusan diambil setelah berfikir dengan dalam.

  • Arah Huruf ke Kiri

Tulisan dengan arah huruf ke kiri lebih cenderung untuk menyembunyikan perasaan mereka daripada orang lain. Individu ini lebih suka untuk senyap, simpan dalam hati dan tidak berterus terang akan pendapat mereka.

 

Emosi adalah salah satu bab yang dikupaskan dalam Buku Dahsyatnya! Tulisan Ini Milik Siapa? Masih ada lagi ciri tulisan yang lain boleh mempengaruhi emosi seseorang.

Boleh dapatkan buku ini secara online di MPH ONLINE.COM atau kunjungi MPH Bookstore yang berdekatan dengan anda.

Dalam masa membesarkan anak-anak dari fasa bayi, kanak-kanak, remaja sehingga dewasa, ibubapa juga turut belajar menjadi matang. Ada ketika dalam tempoh tersebut, hadir perasaan gembira, seronok, sedih, lelah dan mahu menyerah disebabkan kurang pergantungan dengan yang Maha Esa.

“Allahumma Ya qohhar, tundukkanlah anak ini supaya patuh kepadaMu, RasulMu dan kedua orang tuanya”
“Allah Ya Latiff, lembutkan hatinya agar menjadi sebaik-baik hamba dan khalifahMu”

Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna dan sebaik-baik pertolongan dan pengharapan hanyalah kepada Allah S.W.T

Sekian.

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *