Persiapkan anak-anak untuk jangka masa sepuluh, dua puluh akan datang di mana gaya hidup akan datang pasti berbeza dan besar cabarannya.

Ajarkan anak-anak sesuai dengan zamannya, kerana mereka akan hidup di suatu zaman selepas kita

Ajarkan anak jiwa sosial supaya mereka membesar tidak sombong dan menghargai sekeliling.

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” 

Surah Lukman (31):18

Jemputan Dari TV Al Hijrah

Topik yang dikupaskan oleh Dr Azura Hashim adalah ” Ibu Bapa Helikopter”.

Antara perkongsian daripada beliau

Helikopter itu ibarat kita, ibubapa. Kalau terlalu dekat di bawah, anak-anak akan kurang selesa, bising serabut dengan bunyi helikopter yang terlalu dekat. Kena ada jarak sedikit. Tapi ibubapa masih boleh kawal dan mungkin lama-lama helikopter perlu pergi tinggalkan anak-anak.

Kita tiada daya upaya untuk mengawal atau melindungi 100% anak atau keluarga kita

Beliau turut menggalakkan penghayatan Asmaul Husna dalam kehidupan berkeluarga. Antaranya…

Mohon pada Allah Ya Baari’ uruskan anak-anak mengikut agenda Allah. Agenda Allah yang terbaik hingga ke syurga
Mohon juga pada Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin untuk lindungi dan pelihara mereka sebagaimana Allah pelihara hamba-hambaNya yang soleh
Dan mohon lagi pada Allah Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Quddus Ya Jalil untuk ampunkan dosa-dosa dan bersihkan jiwa kita dari prasangka dan bisikan syaitan

 

3 TIP UNIVERSAL KIDDO

1. Multilanguage

Anak-anak belajar bahasa asing. Keperluan atau Kehendak?

Bagi saya, belajar bahasa asing itu satu keperluan.

Saya kongsikan beberapa pendapat daripada artikel Star 2.com mengenai pengaruh kepelbagaian bahasa

Jadikan proses pembelajaran itu mudah dan ringkas. Manfaatkan sebolehnya  keempat-empat teknik pembelajaran iaitu pendengaran, pembacaan, penulisan dan pertuturan semasa sedang belajar.

Sementara menurut Scarlett Mattoli, ahli psikologi di Hong Kong Mental Health Consultancy Psynamo beliau memberi pandangan dari sudut kesihatan mental.

Beliau menekankan agar ibu bapa tidak memaksa anak-anak menguasai pelbagai bahasa dalam satu masa. Beri masa dan ruang.

Berkebolehan dalam pelbagai bahasa adalah satu aset yang bernilai pada individu

TOP 5 POWERFUL LANGUANGES

  1. Mandarin
  2. Arabic
  3. Spanish
  4. German
  5. Portugis

Sumber: The Top Languages To Learn in 2018

Permintaan bahasa asing sama naik dengan perkembangan ekonomi semasa.

Akan datang…..mengetahui lebih daripada satu bahasa menjadi asas dalam ekonomi global.

 

2.Volunteer

Program sukarelawan adalah program terbuka tanpa ada batasan umur atau kumpulan bangsa.

Kerja sukarelawan ini nampak sahaja biasa tetapi intipati dari kerja-kerja ini beri kesan yang mendalam dalam diri.

Saya berpeluang menjadi salah seorang anggota sukarelawan suatu ketika dahulu di universiti. Antaranya saya terlibat dalam misi bantuan banjir. Saya syukur saya dapat bersama-sama menolong saudara-saudara saya disana. Saya lihat bagaimana caranya keluarga-keluarga ini mengawal emosi berhadapan musibah, saling bantu antara satu sama lain dan melihat sesuatu ujian itu dari sudut positif.

Perubahan jiwa, emosi, mental, fikiran berlaku dan semuanya bermula dengan satu tindakan kecil

  • Belajar survival skill
  • Cara menyelesaikan masalah
  • Diajar nilai empati & sifat ihsan
  • Belajar kerjasama antara kepelbagaian bangsa dan budaya

Children are Good Followers

Ibubapa contoh yang paling hampir dengan anak-anak. Be a good example.

Pendapat saya mulakan secara berperingkat-peringkat. Sebagai permulaan, ibu bapa ajak anak melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengemas rumah supaya mereka selesa dan mudah untuk melakukannya.

Seorang kanak-kanak mungkin pintar tetapi jika dia tidak mempunyai sikap yang menyenangkan, kecerdasan kanak-kanak tersebut tiada nilai. Sebagai ibu bapa, kita perlu menanamkan nilai positif dalam kehidupan mereka supaya anak-anak ini seimbang kedua-duanya.

Bersama-sama ibubapa dan anak-anak aktif dalam aktiviti sukarelawan.

 

3.Tulisan Tangan

Kalau dalam satu keluarga, tulisan tangan tiap seorang pasti berbeza.

Kenapa berbeza? Sebab karakter, personaliti, kelebihan dan kelemahan tiap orang itu memang berbeza. Perkara-perkara sebegini tidak boleh diukur tapi boleh dikenal pasti selepas tulisan tangannya dianalisis.

Ilmu grafologi adalah ilmu analisis tulisan tangan.

Sebelum zahirkan potensi anak-anak anda kenal pasti dan pahami personaliti anak terlebih dahulu

Saya petik salah satu petikan dari artikel Star.com yang menerangkan kesan kepelbagaian bahasa pada anak-anak Disleksia

Perkongsian bagaimana grafologi mengenal pasti anak Disleksia ada disini

Allahumma Ya Qohhar, tundukkanlah anak ini supaya patuh kepadaMu, rasulMu dan kedua orang tuanya.
Allah Ya Latif,lembutkan hatinya agar menjadi sebaik-baik hamba dan khalifahMu. Alirkan kesabaran yang tinggi dalam diri kami untuk mendidik dan membesarkan mereka iaitu amanah dariMu

 

Fasa pembesaran anak-anak adalah tempoh masa yang singkat dan cepat. Anak-anak cepat belajar dan mudah terpengaruh.

Oleh itu perlu ‘fast action’ dari ibubapa supaya anak-anak ini nanti bila membesar..membesar dengan pengaruh yang baik dan kemas perlakuannya.

Semoga perkongsian Asmaul Husna dan tip-tip yang diberikan mendapat manfaat kepada semua.

 

Untuk ibubapa, bagi menarik aura-aura positif dalam diri..Jom baca ini

 

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *