TA’ARUF (perkenalan) adalah langkah pertama dalam empat tahap yang dilalui oleh seseorang untuk sampai kepada kehidupan berumahtangga yang sakinah mawaddah wa rohmah.

Proses pengenalan dengan seseorang bertujuan untuk tahu serba sedikit mengenai bakal pasangan dan keluarganya. Ini termasuklah sifat dan keperibadiannya, perkara yang disukai dan tidak suka, cara berkomunikasi dan hubungan sosial mereka.

Penulisan kali ini membawa anda mengenal pasangan anda secara senyap-senyap tanpa perlu anda berkomunikasi padanya secara berhadapan.

Antara perkara yang dapat membantu anda mengenal peribadi pasangan adalah melalui penampilan luaran, penampilan di media sosial dan penampilan melalui tulisan tangan

TIP PERKENALAN TANPA KOMUNIKASI LISAN

1.PENAMPILAN LUARAN

Tarikan pertama dari sekeliling terhadap seseorang iaitu pada penampilan pakaiannya.

Warna pakaian, gaya dan aksesori jadi identiti yang dinilai oleh orang sekeliling terhadap kita. Pemilihan pakaian yang bersesuaian secara tidak langsung bantu menonjolkan imej kita dihadapan orang lain.

Cara berpakaian dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kerjaya, kawan-kawan dan fesyen terkini. Walaubagaimanapun hebat pakaian kita, yang terbaik adalah mengikut syariat islam bagi lelaki dan perempuan.

Penerangan dari al-Quran yang menerangkan fungsi-fungsi pakaian dalam Surah al-A’raf, ayat 26.

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”

 

2.PENAMPILAN DI MEDIA SOSIAL

Media sosial salah satu medium komunikasi bukan lisan yang pantas, mudah dan menjimatkan.

Melalui media sosial gambaran imej anda terserlah secara tidak langsung. Ini diceritakan melalui pemilihan nama, gambar, penggunaan perkataan dan gaya penulisan status anda di laman sosial.

Gaya penulisan sama ada gembira, marah, kecewa dan sedih semua dipaparkan secara terbuka. Reaksi anda terhadap situasi, pendapat yang dikeluarkan, juga boleh dibaca oleh orang lain.

Jangan terburu-buru terus menilai. Adalah tidak logik mengadili keseluruhan personaliti seseorang hanya berdasarkan laman sosialnya. Sekurang-kurangnya di laman sosial kita mengetahui apa perkara yang mereka suka dan perkara yang tidak mereka suka.

Laman sosial adalah hak dan tanggungjawab sendiri. Ingat ya, apa yang diperkatakan tanpa mengetahui kebenaran dan asal usulnya boleh mengundang fitnah. Gunakan kelebihan laman sosial untuk sebarkan kebahagian dan menghubungkan silaturrahim.

Hadis Nabi S.A.W memberi peringatan kepada umatnya untuk menghindari ucapan yang sia-sia:

“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai Allah yang ia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah S.W.T keredhaanNya bagi orang tersebut sampai nanti hari kamat.
Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah S.W.T yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah S.W.T mencatatnya yang demikian itu sampai hari kiamat”

(HR Tirmidzi dan ia berkata hadis hasan sahih;juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah

Bahaya penulisan digital di media sosial, lidah tidak berkata apa-apa tetapi maklumat tetap sampai kepada orang lain.

 

3.PENAMPILAN MELALUI TULISAN TANGAN

Bagaimana dengan sepintas lalu anda melihat tulisan tangan seseorang, anda dapat tahu karakter orang tersebut?

Menariknya, anda tidak perlu meminta orang tersebut untuk menceritakan keperibadiannya, atau memberi resume atau anda perlu bertanya orang lain.

Tapi yang perlu anda lakukan adalah menjalankan analisis pada tulisan tangan mereka. Analisisnya tidak begitu rumit, hanya perlu memahami bentuk huruf dan gaya penulisan sahaja.

Kaedah menganalisis tulisan tangan juga dikenali sebagai grafologi. Kajian dalam bidang grafologi adalah 85-95% tepat dan lebih kurang 80% syarikat di USA, Sepanyol dan Perancis menggunakan analisis tulisan tangan untuk mengkaji potensi pekerja mereka.

Ilmu Grafologi sangat bermanfaat dan fleksible pada semua orang:
  • PADA DIRI SENDIRI: Mengetahui kekuatan dan memperbaiki kelemahan diri
  • SEBAGAI PASANGAN: Mengenali karakter pasangan dengan lebih jelas agar dapat menerima kelebihan dan kekurangan dengan baik
  • SEBAGAI IBUBAPA: Memahami potensi anak dan menjadikan pertimbangan dalam mengarahkan dan mendidik anak-anak
  • SEBAGAI MAJIKAN: Memilih pekerja dan menetapkan posisi pekerja mengikut karakter sebenar mereka
  • SEBAGAI PELAJAR/MAHASISWA: Memilih jurusan yang tepat dan sesuai dengan bakat dan minat yang dimiliki

 

ISTIMEWA UNTUK ANDA JANUARI INI !!

Jom rebut peluang bersama Azura Hashim, Certified Master Handwriting Analyst di SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN

Seminar ini membimbing anda mencapai kejayaan dan kehidupan yang positif dengan perubahan di mulakan pada tulisan tangan anda
Info lanjut klik pada gambar

 

 

Wallahu’alam, Biidznillah Ya Baari

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

Leave a Reply