Keluarga Sandwich di TV AlHijrah

Baru-baru ini AH telah berkongsi tentang Keluarga Sandwich di TV AlHijrah. Kajian mengatakan 30 % dewasa mengalami tekanan. Salah satu faktor yang menyumbang kepada tekanan adalah masalah keluarga. Kajian juga mengatakan bahawa tekanan menyebabkan banyak masalah kepada badan dan jiwa. Contohnya masalah kesihatan seperti darah tinggi dan kemurungan.

Vertical adalah hubungan dengan Allah. Horizontal adalah hubungan dengan manusia. HabluminAllah Habluminanas. Apabila kita menjaga kedua-dua ini insha Allah semuanya akan berjalan lancar.

Nantikan buku ketiga beliau mengenai ‘love and relationship’ dalam keluarga

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.
(Surah An-Naml : 19)

3 TIP MENGATASI DEPRESI

1.GADGET DETOX

Lihat pada gambar di atas. Situasi di meja makan yang memperlihatkan masing-masing sedang fokus dengan dunianya sendiri. Tiada interaksi dan senyuman yang diberikan antara satu sama lain. Saya yakin sahabat semua pernah melihat situasi begini atau ada yang sedang mengalaminya.

Obses pada gajet, telepon pintar, media sosial sangat berbahaya pada diri dan keluarga, tapi bantuan boleh dimulakan dengan tangan.

Persoalannya, bagaimana?

Switch Off Time.

Jangan tergesa-gesa, buat peringkat-peringkat. Mula dengan 1jam..2jam dan seterusnya 1 hari. Kerjasama dan kata putus dari setiap ahli keluarga diperlukan untuk menetapkan masa tanpa gajet.

Untuk tempoh masa pertama kita yang dewasa akan rasa janggal, seperti hilang sesuatu di tangan kita..kemudian seperti terbayang, terdengar telepon sedang berbunyi. Sebenarnya telepon tersebut tidak berbunyi pun..perasaan kita sahaja.

Lain pulak dengan anak-anak kecil, dalam minit-minit permulaan mereka akan tidak selesa, menangis dan memberontak bila tiada gajet di tangan. Kebosanan mereka pasti akan terisi juga akhirnya bila ada aktiviti dan permainan yang lebih menyeronokkan.

Cipta aktiviti berkumpulan atau pertandingan secara individu yang boleh merangsang perkembangan minda, berdaya saing secara sihat dan membina karakter yang positif.

 

 

“Allahumma Ya Nuur, Ya Hadi, Ya Haq, bimbinglah kami agar menjadi sebuah keluarga yang berkasih sayang keranaMu, saling ingat-mengingati dan membimbing ke jalan takwa iaitu jalan syurgaMu”

 

2.REFLECTION & REVIEW

Sebelum saya beritahu perkara yang boleh dilakukan semasa refleksi diri, izinkan saya bercerita sedikit mengenai Nabi Yunus A.S dan ikan paus. Bagaimana Allah S.W.T menghantar ikan paus sebagai pengantara dan persinggahan untuk nabi.

Dahsyatnya Doa

Suatu masa dahulu, Nabi Yunus menyampaikan dakwah untuk penyebaran islam pada kaumnya. Tentangan demi tentangan menyebabkan nabi berputus asa dan meninggalkan kaumnya. Nabi menaiki sebuah kapal dagangan yang penuh dengan muatan. Semasa pelayaran, kapal tersebut hampir tenggelam akibat dari muatan yang dipenuhi barang dan orang.

Sesuatu perlu dilakukan bagi menyelamatkan pelayaran tersebut. “Siapakah yang perlu dibuang ke laut?”

Kata putus dicapai, undian dilakukan dan Nabi Yunus kalah. Nabi Yunus terpaksa terjun ke laut yang dalam itu. Di dalam lautan yang luas, Nabi Yunus telah ditelan oleh seekor ikan yang besar.

Dalam perut ikan yang gelap gelita itu, nabi menyedari atas perbuatan meninggalkan perintah Allah dengan  lari dari misi dakwahnya. Nabi tidak berhenti berdoa mohon keampunan dan sentiasa berzikir pada Allah S.W.T

Akhirnya setelah tempoh masa yang lama, Nabi Yunus dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan tersebut. Dan Allah S.W.T berfirman:

“Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah, tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.”
(Surah As-Shaffat: 142-143)

Dahsyatnya sebuah ungkapan doa! Melalui doa tersebut ada ucapan tauhid, tiada tuhan selain Allah, mensucikan Allah dan mengakui kesalahan diri sendiri seterusnya mengisyaratkan pemohonan ampun kepada Allah

Self-Checking

Semak karakter diri sendiri. Mungkin kita rasa kita hebat, dah buat perkara betul..tapi ada perkara yang kita tidak sedar dan perasan bahawa manusia itu tidak sempurna. Teguran dan kata-kata daripada orang lain ada masa melemahkan dan mengundang kemarahan. Tapi..bolehkah kita melihat kelemahan itu sebagai satu loncatan untuk kita 2 langkah kehadapan? Jawapannya, BOLEH!

Sebelum tidur:

  • Apa yang telah saya lakukan pada hari ini?
  • Apa yang boleh saya perbaiki dan ubah?
  • Apa yang mahu saya fokuskan pada esok hari?

Selepas tidur:

  • 3 perkara penting yang perlu diutamakan pada hari ini.

Istiqomah! Bila dah ada flow dalam urusan harian kita, manfaatnya akan berbalik pada diri sendiri juga. Insha Allah, hari-hari yang kita lalui pun tidak stress.

Bahaya stress..bahaya lagi kemurungan.

 

3.Tanda Depresi pada Tulisan Tangan

Sebelum saya bercerita lebih bagaimana mahu tahu kecenderungan terhadap kemurungan melalui tulisan tangan, Jom buat HAPPY CHART

Sumber: Happiness Flow Chart

Macam mana..berjaya tak?

Lepas tu, cuba tulis beberapa potong ayat dan cari ada tak persamaan dengan gambar di bawah

Secara mata kasar apa yang sahabat lihat? Betul! Baseline tulisan semakin lama semakin menurun. Dalam kertas A4 kosong kita boleh nampak jelas gaya dan bentuk tulisan seseorang.

Penulisan yang menurun memberi gambaran anda dalam tertekan. Terlampau menurun menunjukkan tidak yakin, sedih dan cepat rasa putus asa. Semua yang ditunjukkan menuju kearah kemurungan. Jaga-jaga

Sekarang perhatikan tulisan orang di kiri kanan anda, bagaimana garis tulisan mereka? menaik, menurun, normal, semua ada makna.

Dalam analisis tulisan tangan penulis akan diminta untuk menulis dalam kertas kosong. Secara jelas, karakter individu akan teserlah.

Bukan satu ciri ini sahaja kita boleh tahu kecenderungan seseorang terhadap kemurungan. Ada banyak lagi ciri yang lain dalam naskah “Dahsyatnya! Tulisan Ini Milik Siapa?” untuk tahu karakter tersembunyi seseorang.

Kita sebagai hambanya berikhtiar melakukan perkara-perkara yang kita mampu bagi mendapatkan yang terbaik, selebihnya serahkan segala-galanya pada Allah S.W.T kerana Dia Maha Mengetahui, Maha Melihat dan Maha Mendengar.

“Allahumma Ya Sami’ Yang Maha Mendengar, dengarilah bicara hatiku, ketika manusia mendengar keluhanku, Engkau tetap disisiku bersedia mendengar setiap keluhanku dan rintihanku”

 

Sekian.

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *