Nabi S.A.W mempelbagaikan kaedah teguran kerana setiap manusia boleh menerima teguran dalam bentuk yang berbeza.

TIP MENEGUR MENGIKUT CARA NABI S.A.W

#1-Bertindak adil dan menjaga hati pihak yang ditegur

Dalam memberi teguran, memandang kepada siapa yang menerima teguran itu penting.

Walaubagaimanapun, jangan terlepas melihat situasi sebelum memberi teguran. Mendapat gambaran situasi yang jelas boleh membantu memberi idea untuk membuat teguran.

Jika teguran yang ingin diberikan tertumpu pada satu pihak sahaja, mudah jalannya.

Sebaliknya jika dalam situasi yang melibatkan lebih dari satu orang, peranan orang tengah sangat penting. Orang tengah perlu berfikir dengan kreatif dan bertindak adil untuk kedua-dua belah pihak.

Contoh situasi yang boleh diberikan adalah semasa pertelingkahan. Mari baca kisah semasa Rasulullah S.A.W sedang mengadili perbalahan antara sahabat baiknya Umar RA dan Hisyam Ibnu Hakim Ibnu Hizam.

Daripada Umar RA berkata: “Aku mendengar Hisyam Ibnu Hakim Ibnu Hizam membaca Surah al-Furqan di zaman Rasulullah SAW.

Lalu aku mendengar bacaannya, nyatalah dia membaca dengan huruf yang banyak yang tidak diajar oleh Rasulullah SAW kepadaku. Aku hampir-hampir menghalangya di dalam solat tetapi aku menahan diriku sehingga dia memberi salam, lalu aku pun memegang bajunya seraya berkata, “Siapakah yang mengajarkan engkau akan surah ini yang aku dengar engkau membacanya?”

Dia menjawab: “Rasulullah SAW yang mengajarkan kepadaku.” Aku balik menjawab: “Engkau bohong.” Rasulullah SAW telah mengajarkan aku cara yang berbeza daripada bacaan engkau.

Lalu aku mengheretnya menuju kepada Rasulullah, kemudian aku berkata: “Aku mendengar lelaki ini (Hisyam) membaca surah al-Furqan dengan huruf yang banyak tidak diajar oleh engkau kepadaku.”

Rasulullah SAW menjawab:”Lepaskannya, bacalah wahai Hisyam!” Maka Hisyam pun membacanya dengan bacaan yang aku dengar dia membacanya (sebelum itu). Kemudian Rasulullah SAW berkata: “Demikianlah ia diturunkan.”

Kemudian Baginda berkata:”Bacalah wahai Umar.” Lalu aku membacanya dengan bacaan yang telah diajarkan oleh Rasulullah kepadaku. Lalu Rasulullah SAW berkata: “Demikianlah ia diturunkan. Sesungguhnya al-Quran ini diturunkan dengan tujuh huruf, maka bacalah dengan bacaan yang mudah bagi kamu.”

(Riwayat al-Bukhari)

Kaedah Rasulullah dalam mengadili situasi perbalahan diatas:

  • Mendengar hujah dan kenyataan dari kedua-dua belah pihak
  • Menghormati pandangan dan pendapat masing-masing
  • Membuat keputusan yang adil dan kedua-dua belah pihak berpuas hati

Baginda SAW sangat perlu dicontohi. Baginda tidak membuat keputusan yang berat sebelah sekalipun baginda mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan Saidina Umar.

 

#2-Memperbetulkan kesilapan untuk perkara lebih baik

Rasulullah SAW juga membuat teguran kepada sesiapa sekalipun perbuatan atau perkara yang diucapkan adalah tidak salah.

Rasulullah S.A.W akan terus memperbetulkan dan memberi tunjuk ajar sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis ini

Maksudnya:

Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud, dia berkata: “Adakah kami apabila bersama-sama Rasulullah SAW di dalam solat, kami menyebut, “Salam sejahtera kepada Allah daripada hamba-Nya, salam sejahtera kepada si fulan, si fulan, salam sejahtera kepada Jibrail, salam sejahtera kepada mikail.”

Lalu Nabi SAW berkata: “Jangan sebut, “salam sejahtera kepada Allah kerana Allah adalah sejahtera.

Tetapi sebutlah, “Segala kemuliaan, selawat dan segala yang baik-baik hanya bagi Allah, salam sejahtera ke atas engkau wahai nabi, serta rahmat Allah dan keberkatanNya. Salam sejahtera keatas kami dan ke atas hamba-hamba yang soleh.

Apabila kamu menyebut yang demikian, kamu telah timpakan kepada setiap hamba di langit atau di antara langit dan bumi; Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah dan aku juga bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan Rasul-Nya ;kemudian dia memilih doa yang disukainya dan berdoa dengannya”

Tujuan Rasulullah menegur adalah untuk meningkatkan kepada yang lebih baik dan mendapatkan perkara yang lebih disukai oleh Allah S.W.T.

 

#3-Menegur melalui contoh perbuatan

Pendekatan Rasulullah dalam menegur tidak hanya terbatas melalui komunikasi lisan sahaja.

Menegur dengan memberi contoh perlakuan yang sebetulnya lebih mudah diikuti. Secara tidak langsung, dapat menjaga air muka orang tersebut dihadapan orang lain dari memberi teguran secara terang-terangan.

Rasulullah S.A.W menegur Abu Jubair dengan berhemah dan mengajarkan cara berwuduk yang betul seperti yang diceritakan dalam hadis di bawah.

“Daripada Jubair Ibnu Nufair daripada bapanya bahawa dia (Nufair) telah datang menemui Rasulullah SAW lalu Baginda menyuruhnya supaya dibawakan kepadanya air wuduk.

Rasulullah SAW berkata: “Wahai Abu Jubair! Berwuduklah.”

Maka Abu Jubair pun memulakan dengan mulutnya. Rasulullah SAW berkata: “Jangan mulakan dengan mulut kamu wahai Abu Jubair. Sesungguhnya orang kafir memulakan dengan mulut mereka.”

Kemudian Rasulullah SAW meminta air wuduk, lalu Baginda membasuh kedua tapak tangannya sehingga memurnikannya, kemudian Baginda berkumur dan menghisap air ke hidung sebanyak tiga kali. Kemudian Baginda membasuh mukanya tiga kali. Seterusnya membasuh tangan kanannya sehingga ke siku sebanyak tiga kali. Tangan kiri juga tiga kali. Seterusnya menyapu kepalanya dan membasuh kedua-dua kakinya.”

Tegahan dan teguran yang disampaikan kepada kita adalah kerana kasih dan sayang untuk memelihara diri dari kemudaratan.

Seperti yang ditegah oleh Rasulullah melarang memasukkan air ke mulut terlebih dahulu sebelum membersihkan tangan. Hikmah larangan tersebut sangat cantik. Baginda bimbang kuman dari tangan akan masuk terus ke mulut jika tangan tidak dibersihkan terlebih dahulu.

Ya, perkara membersihkan tangan ini nampak kecil tetapi siapa tahu mungkin kuman tersebut akan membawa penyakit dan menjejaskan kesihatan.

 

Kisah teladan dan peribadi dari Rasulullah S.A.W sangat baik untuk dicontohi dan diambil pengajaran.

Teguran yang berhemah dan bijak caranya dapat melembutkan hati orang yang menerima teguran. Bagi yang menerima teguran pula, berlapang dada dan pinjamkan sejenak hatimu untuk menghayati firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”

Wallahua’lam, Biidznillah Ya Baari

Admin.

 

Siapa di kalangan pembaca yang mahu mempelajari cara mengenal diri daripada tulisan tangan??

Kaedah yang digunakan adalah kaedah Grafologi iaitu analisa tulisan tangan.
Analisa yang dijalankan sangat mudah dan cepat. Anda hanya perlu menulis (bukan menaip) diatas kertas kosong dan penulisan anda bebas mengenai apa-apa sahaja.
Jangan terkejut jika diberitahu hasil analisa tulisan tangan anda akan membongkar peribadi diri anda. Lenggokan-lenggokan huruf anda akan terjemahkan cara pemikiran anda, emosi dalaman, komunikasi sosial dan banyak lagi

Banyak lagi yang menarik untuk dibongkar dari tulisan tangan tau!

Jom sama-sama sertai ** SEMINAR JOM HIJRAH: Hijrahkan Dirimu Dengan Tulisan Tangan ** pada 4 MAC 2018 di KUANTAN, PAHANG

Pendaftaran ONLINE SEMINAR DISINI
Pertanyaan lanjut hubungi admin di 016-9237881

 

Leave a Reply