Objektif utama ‘networking‘ dalam bisnes adalah untuk menguar-uarkan kepada orang lain mengenai bisnes anda.

Objektif kedua ‘networking‘ adalah untuk saling tolong-menolong antara satu sama lain kerana jika kita membantu urusan orang lain Allah akan mendatangkan pertolongan dariNya kepada kita pula dalam bentuk dan cara yang tidak dijangka oleh kita.

Dari Abu Hurairah r.a Nabi S.A.W bersabda:

“Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

(HR. Muslim, juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36)

 

TIP MEMBINA ‘NETWORKING’ DALAM BISNES

#1-Wujudkan Matlamat ‘Networking’ Anda

  • Matlamat haruslah yang realistik supaya anda ada tujuan, kaedah dan solusi bagi anda meluaskan ‘networking’ anda ke hadapan
  • Tidak meletakkan matlamat yang hanya fokus pada keuntungan
  • Fikirkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang supaya ada persiapan yang teratur dan terancang.

 

#2-Pelbagaikan Kenalan Anda

  • Maksudnya anda tidak perlu hanya berhubung dengan orang yang sama industri, anda bebas berinteraksi dengan mereka yang lain bidangnya dengan anda.
  • Mungkin pada waktu sekarang tiada kepentingan bagi anda mempelbagaikan kenalan tapi jika dilihat dari sudut yang berbeza ada banyak perkara yang anda boleh dapati seperti kemahiran komunikasi yang lebih bagus dan terbuka. Di samping itu anda dapat menambah pengetahuan dan merisik pengalaman orang lain.
  • Dalam bisnes, malu diketepikan. Tarik perhatian pelanggan anda dan beramah mesra sebagai langkah pertama memulakan perbualan

 

#3-Kekalkan hubungan baik

  • Menjaga hubungan baik dapat memberi anda keuntungan sosial seperti kepercayaan dan kerjasama yang berterusan.
  • Anda boleh bertindak sebagai orang tengah. Hubungkan klien anda dengan orang lain yang sama bidang dengan mereka atau mungkin memerlukan perkhidmatan mereka.
  • Perkara ini nampak kecil tetapi besar impaknya. Jika urusan klien anda berjaya, mereka akan menghargai dan berterima kasih kepada anda.
  • Raikan pelanggan, rakan niaga dan pelabur anda seperti menghantar ucapan semasa perayaan atau hari ulangtahun sebagai tanda prihatin

(Sumber Artikel: Majalah Niaga)

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami’ alirkan kasih sayangMu antara kami dan pertautkan hati-hati kami untuk kami jalinkan kerjasama yang baik dan berjaya”

Memahami Karakter Klien Sebelum Membina ‘Networking’

Rapatkan jurang komunikasi anda dengan pelanggan melalui kaedah grafologi iaitu kaedah analisis tulisan tangan. Satu kaedah yang bebas dipelajari oleh umum bagi memahami karakter orang sekeliling.

Dengan kita memahami karakter mereka, mudah bagi kita untuk berkomunikasi, menyampaikan apa yang mereka suka dengar dan memahami gaya penerimaan mereka.

Anda dijemput hadir ke SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN yang akan diadakan pada 28 Januari ini.

Seminar ini mengajak anda mengkaji keperibadian diri, mengubah karakter yang lemah menjadi kuat dan menaikkan potensi diri supaya mudah untuk anda persiapkan diri berdepan cabaran luar yang akan datang

Satu slot istimewa dalam seminar ini dimana ada penghayatan asmaul husna dan cara berzikir dengan nama-nama Allah. Insha Allah, jika anda dapat pahami makna asmaul husna anda dapat praktikkan asmaul husna ini dalam kehidupan terutama dalam urusan bisnes.

Dalam membina ‘networking’ kita bukan sahaja mencari pelanggan, kita juga dapat memperolehi ilmu, khidmat nasihat, boleh bertukar pandangan dan menjana idea baru yang semuanya akan menjurus kepada keuntungan syarikat juga.

Wallahu’alam, Biidznillah Ya Baari

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

Leave a Reply