LIHAT, DENGAR DAN RASA

Rumah saya tiada televisyen.

Rumah saya tiada radio.

Rumah saya tiada suratkhabar.

Macam pelikkan. Hidup dalam gua ke?

Ada sebabnya kenapa rumah saya tiada televisyen, radio dan suratkhabar.

Saya cuba untuk jaga telinga, mata dan mulut.

Supaya dengar yang baik- baik.

Lihat yang baik- baik.

Cakap yang baik- baik.

Rasa yang baik- baik.

Saya bukanlah baik sangat. Sebab itulah kena jaga.

Bila ada televisyen, ada radio, ada suratkhabar. Saya risau akan terbaca yang bukan- bukan. Yang negatif.

Apa yang kita lihat dan dengar. Akan masuk ke dalam otak. Bila masuk dalam otak, risau dan akan terfikir- fikir. Risau akan terbayang- bayang.

Bila dah terfikir- fikir dan terbayang- bayang risau akan masuk ke dalam minda separa sedar. Bila dah masuk minda separa sedar, ianya akan menarik isu yang kita terfikir- fikirkan tu terpalit ke kita.

Bayangkan.. Jika kita lihat situasi yang negatif.

Jadi yang negatif akan datang ke kita. Naudzubillahiminzalik

Dan sekarang bayangkan pula… jika kita positif, In shaa Allah, positif yang akan datang kepada kita.

Sebab itu, sangat penting kita harus menjaga apa yang kita lihat dan dengar. Untuk kekal positif.

3 TIP KEKAL POSITIF

Disini saya kongsikan 3 tip bagaimana untuk kekal positif.

1.TO CHANGE OR NOT TO CHANGE

Menurut Shad Helmstetter didalam buku ‘What to say when you talk to your self‘.

Bukan apa yang kita lafazkan di mulut. Yang penting adalah apa yang kita kata pada diri sendiri. Apa ada dalam hati kita.

“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)

 

Jaga HATI. Macamana nak jaga hati?

3 tip nak jaga hati.

Ini adalah antara cara nak jaga hati.

  • Banyakkan berzikir

  • Jaga solat dan mengaji

  • Sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Serahkan semua urusan kepada Allah Ya Baari’, supaya diberikan yang terbaik.

Sesungguhnya segala yang datang itu adalah dari Allah. Dan yang datang dari Allah semestinya adalah hikmah. Hikmah pastinya yang terbaik.

2. MENULIS

Mulakan menulis 3 perkara:

  1. Tabiat apa yang kita mahu tukar
  2. Tabiat apa yang kita mahukan
  3. Rancang bagaimana untuk menukar tabiat tersebut.

Contoh begini:

Tabiat yang kita mahu tukar: Suka bertangguh

Tabiat apa yang kita mahukan: Buat kerja dengan kadar segera

Bagaimana?: Senaraikan tugasan yang perlu disiapkan mengikut keutamaan beserta dengan ‘dateline’

3. BRAINWRITING

Change your handwriting,design your success.

Tulisan tangan adalah tulisan dari otak. Brainwriting.

Analisa tulisan tangan adalah kajian mengenai coretan dan ciri-ciri huruf untuk mengenal karakter dan personaliti penulis. Kajian ini bukan pseudosaintifik pelik. Ini adalah kajian saintifik lebih dari 150 tahun dalam menilai peribadi.

Tulisan tangan umpama cermin, jika mahu dilihat sebagai insan yang berperibadi yang baik, ubahlah tulisan anda. Apa yang kita tulis menggambarkan peribadi yang sebenar.

Tabiat boleh dilihat melalui tulisan tangan. Tabiat juga boleh diubah melalui tulisan tangan. In shaa Allah

Contohnya, kita berupaya untuk mengubah tabiat suka bertangguh. Dibawah ini adalah contoh tulisan yang mempunyai tabiat bertangguh.

Perhatikan. Individu yang menulis huruf ‘t’, palangnya tertinggal di bahagian kiri, tak cukup penuh adalah individu yang sering bertangguh. Buat kerja last minit.

Bila buat kerja last minit, kita akan mudah stress dan serabut.

Jadi bagaimana untuk ubah?

Pastikan palang ‘t’ cukup sifat hingga ke bahagian kanan.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Saya mendoakan kita semua kekal positif dan sentiasa mendapat yang terbaik dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Untuk tip- tip lebih, bagaimana nak menaikkan semangat Menghasilkan diri yang sentiasa positif dan cemerlang melalui tulisan tangan. Sila KLIK SINI.

 

 

 

Leave a Reply