Perasaan yang best sekali masa kita jual barang ada orang beli barang kita. Walaupun untungnya tidak banyak tetapi terbit rasa puas. Puas bila mana kita mendapat kepercayaan pelanggan. Semakin bertambah yakin kita ada bakat dan peluang cerah untuk berkembang. Semakin besar cita-cita kita untuk berjaya.

Kejayaan hakiki sesebuah perniagaan dinilai pada keberkatannya. Bukan manusia yang menilai tapi Allah yang Maha Adil

Bagi mencapai keberkatan, perniagaan yang diusahakan mestilah berlandaskan pada keimanan dan ketakwaan.

Allah S.W.T berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka (dengan amalan sedemikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;  agar Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurniaanNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri”

(Surah al-Fathir: 29-30)

 

3 TIP KEJAYAAN PERNIAGAAN

1.SOLAT SUNAT DHUHA

Solat sunat dhuha memegang kunci rezeki.

Rasulullah S.A.W telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah R.A agar tidak meninggalkan solat Dhuha:

“Kekasihku (Muhammad S.A.W) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat witir sebelum tidur”

Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)

 

Solat dhuha sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah S.W.T atas kurniaan dan peluang yang diberikan. Semakin banyak syukur, semakin luas rezeki yang Allah beri.

 

2.ZAKAT PERNIAGAAN

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada meyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan”

(Surah al-Nur: 37)

 

Anas R.A meriwayatkan bahawa Abu Bakar menetapkan baginya apa yang difardhukan oleh Rasulullah S.A.W:

“Dan jika sesuatu harta berkongsi bercampur oleh dua orang, maka keduanya saling mengeluarkan zakat dengan adil (sesuai dengan kadar atau bahagian masing-masing)”

(HR Bukhari)

Syarat Wajib Zakat Perniagaan

  1. Muslim
  2. Sempurna Milik
  3. Cukup Nisab
  4. Cukup Haul
  5. Niat Berniaga
  6. Barang Perniagaan dan Perkhidmatan yang Halal

Sumber: Zakat Perniagaan, PPZ MAIWP

 

3.KEJUJURAN

Perniagaan salah satu tapak untuk mencari rezeki. Punca keberkatan rezeki bergantung kepada kejujuran.

Jujur ini sifat yang subjektif, sukar diramal. Kejujuran boleh ditunjukkan pada perbuatan tapi sedikit kelemahannya sejauh mana tahap kejujuran seseorang boleh diukur

Tahap Kejujuran Dinilai dalam Bidang Grafologi

Kami ingin memperkenalkan kepada anda semua satu ilmu yang mahal dan penuh rahsia iaitu grafologi (analisis tulisan tangan). Terjemahan daripada tulisan tangan memberi jawapan kepada personaliti luaran dan dalaman anda seperti corak pemikiran, keyakinan diri dan hubungan sosial.

Dalam hubungan sosial adalah kejujuran itu penting. Individu yang tidak jujur suka menyembunyikan fakta sebenar dari sekeliling dan cuba memutar belit maklumat daripada diketahui orang lain.

Jika anda memiliki huruf o seperti dibawah, anda harus ubah.

Berdasarkan kajian grafologi, lingkaran bahagian dalam huruf o menjelaskan ada perkara yang cuba di sembunyikan oleh individu terbabit. Konflik dalaman dialami individu ini sama ada mahu bercakap benar atau tidak.

Bonus bagi sesebuah perniagaan mengambil pekerja yang jujur dan amanah. Ini penting bagi menangkis pengaruh negatif dalam organisasi seperti rasuah dan fitnah.

 

Tinggal beberapa hari lagi sebelum tarikh tutup pendaftaran SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN

Seminar ini adalah yang pertama di Malaysia memfokuskan kepada perubahan karakter berdasarkan tulisan tangan dan anda akan diberikan tip-tip untuk perubahan diri yang lebih positif

Info lanjut klik pada gambar

Walau berjaya macam mana sesebuah perniagaan jika tidak berpegang pada asas dan berlandaskan islam tidak akan ada keberkatan rezekinya.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

 

Leave a Reply