‘Siapa lambat, tertinggal di belakang. Siapa cepat, dia berjaya! ‘

Comfort Zone atau Zon Selesa  adalah satu tempat dan situasi yang kita rasa selesa, selamat dan tidak mahu keluar daripada zon tersebut. Keadaan yang selesa ini membuatkan pemikiran kita tidak berkembang, pergerakan fizikal yang terhad dan emosi yang statik.

Kita perlu keluar dari keselesaan ini terutama anak-anak remaja kerana mereka masih kuat dari segi fizikal, minda mereka sedang aktif explore dunia luar dan mereka masih ada kemahuan untuk menimba ilmu.

Namun, untuk keluar dari comfort zone tanpa persiapan, peralatan dan sokongan adalah tindakan yang tidak bijak dan terburu-buru. Jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan di bawah sebagai panduan untuk kita keluar dari comfort zone

3 LANGKAH KELUAR DARI COMFORT ZONE

#1-Tetapkan Matlamat

  • Matlamat perlu ada untuk dijadikan motivasi.
  • Matlamat juga sebagai panduan agar tidak terpesong atau berubah arah dari landasan.
  • Tulis dengan jelas matlamat anda
“Saya mahu kehidupan yang lebih bagus”
Tukar kepada: “Saya mahu kehidupan dimana saya bebas hutang dan saya pegang cita-cita saya sementara saya masih dapat meluangkan masa bersama keluarga”

 

#2-Berhenti Mencipta Alasan

  • Alasan adalah penerangan yang diberikan untuk menjelaskan mengapa sesuatu perkara dilakukan, tidak dilakukan, atau tidak akan dilakukan.
  • Untuk keluar dari norma kebiasaan (zon selesa) pelbagai macam alasan dicipta supaya kita dapat mengelak seterusnya menangguhkan perkara tersebut.
  • Alasan tercipta daripada pemikiran kita. Bersihkan minda dari pemikiran negatif kepada gaya positif, yang boleh jadi pemangkin dan pembakar semangat untuk keluar dari zon selesa. Anda boleh buat!

 

Gantikan alasan kepada tindakan. Jika nak mencapai sesuatu yang diluar kebiasaan kita, kita harus bersedia melakukan perkara yang luar biasa.

 

#3-Lakukan perkara berbeza setiap hari

  • Mulakan dengan perkara-perkara kecil supaya mental dan fizikal anda dapat menerima perubahan sedikit-sedikit. Tidak terlalu memaksa tapi harus tahu perlu ada ketegasan
  • Buat perkara yang berbeza beri peluang untuk anda melihat dari perspektif yang lain dan mendorong anda berfikir untuk membuat penilaian yang terbaik
  • Berani tanggung sebarang kemungkinan. Berani dengan sesuatu yang kita tidak tahu, tapi ada usaha untuk tahu.
  • Apabila mengetahui kesudahan tidak seperti yang diinginkan, jangan kecewa dan putus asa. Tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya anda peroleh pengalaman yang tidak mungkin didapati oleh orang yang tidak mahu mencuba.
Jalan keluar dari comfort zone tidak mudah. Lain orang, lain cabarannya. Sikap menentukan sama ada kita mampu atau tidak bersama dalam perjuangan yang kita pilih ini.
Sikap yang perlu diberi perhatian adalah pada cara penerimaan kita terhadap kritikan atau teguran dari sekeliling. Bagaimana tahap sensitiviti kita? biasa-biasa sahaja atau kuat sentap.

 

SENSITIVITI PADA TULISAN TANGAN

Dalam analisis tulisan tangan, karakter individu yang sensistif berkaitan dengan loop atau gelung pada huruf t dan d. Contoh huruf seperti di bawah:

Individu yang mempunyai loop yang besar, anda seorang yang sangat sensitif. Anda susah untuk mengambil kritikan sebagai semangat untuk berjaya. Anda tidak berani menerima teguran daripada individu lain.

Jika anda ingin berjaya, anda seharusnya berani menerima teguran dan kritikan, membaiki apa yang kurang untuk maju ke hadapan. Sewaktu menulis, cuba untuk menulis huruf d dan t yang tiada loop atau hanya sedikit loop. Insha Allah, dengan izinNya anda akan kurang sensitif.

Jika anda masih susah untuk menerima kritikan, ini bermakna anda tidak bersedia untuk berubah, belum bersedia keluar dari zon selesa.

HEBAHAN UNTUK ANDA !!

Tinggal masa 2 hari sahaja lagi untuk anda daftar dalam SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN

Kenapa anda perlu sertai seminar ini?
Anda boleh memprogramkan diri anda untuk mencapai kejayaan dan hidup dengan lebih positif denagn mengubah tulisan tangan anda.
Maklum balas dari peserta Seminar Grafologi:
“Program ini sangat bagus untuk kita mengenali diri kita. sedikit sebanyak saya dapat mengetahui kelemahan diri yang perlu diubahsuai serta dibaiki. Daripada kelas ini, saya mendapati saya seorang yang takut pada masa hadapan. Dengan mengetahui kelemahan ini, saya akan cuba menyusun balik matlamat kehidupan saya. Terima kasih Puan Azura”
Azura Hashim mempunyai kepakaran dalam analisis tulisan tangan dan diitiraf sebagai Master of Handwriting Analyst oleh KAROHS International School of Handwriting Analysis.

Info lanjut klik JOM HIJRAH 

 

Sudah bersedia untuk keluar dari comfort zone anda? Kelebihan pada diri anda juga bila anda keluar dari ‘comfort zone’. Anda akan menemukan karakter baru dalam diri, mengatasi penghalang yang menghalang anda berjaya

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

Leave a Reply