Anjuran hidup besederhana bukan bererti hidup dalam kemiskinan. Hiduplah secara  besederhana dan jangan berlebih-lebihan.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”

(Surah al-A’raf: 31)

 

KUNCI UNTUK CARA HIDUP BESEDERHANA

#1-Ukur Baju di Badan Sendiri, Jangan Berpura-pura

Kunci pertama adalah dengan menjadi diri sendiri.

Memang menjadi diri sendiri itu tidak mudah. Apatah lagi jika kita dikelilingi dengan mereka yang sukakan barang-barang mewah, pencinta fesyen sedangkan kita suka ke arah simple life.

Sedikit sebanyak kita akan terpengaruh dengan gaya hidup sebegitu dan mulalah berpura-pura kita mengikut cara hidup mereka, membeli pakaian berjenama, makan di tempat mewah dan melancong ke sana sini.

Dengan berpura-pura, kita sebenarnya tidak bahagia.

Kerana apa?

Kerana kita telah menipu diri sendiri.

Sebab itu, ada keharusan dalam Islam memilih teman hidup yang sekufu supaya sesuai dengan pembawakan diri. Dengan demikian, kita akan bebas menjadi diri sendiri dan dapat menjalani kehidupan yang bahagia.

Lagipun, menipu diri sendiri itu akan lebih menyakitkan dan akan membawa kepada masalah tekanan yang lain.

Ada peribahasa melayu berbunyi “ukur baju di badan sendiri”. Berpada-padalah hidup mengikut kemampuan diri sendiri dan bukan hidup dalam kepura-puraan.

 

#2-Bersyukur, Ujian yang Berbeza Buat Mereka yang Diatas & Dibawah.

Antara faktor kebanyakan orang yang hidup mereka sederhana tapi kelihatan bahagia adalah kerana mereka bersyukur.

Ramai juga yang hidup besederhana kerana terpaksa. Kos barang keperluan, persekolahan anak, tabung kecemasan dan sebagainnya merupakan persediaan awal yang penting bagi sesebuah keluarga untuk hidup.

Semua yang merasa kesempitan hidup akan membuatkan mereka berusaha lebih untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.

Melihat kehidupan orang yang lebih baik akan memotivasikan kita untuk mendapatkan seperti apa yang mereka miliki. Boleh memandang keatas sebagai inspirasi untuk berjaya, selebihnya pula pandanglah juga ke bawah kerana ia akan membantu kita untuk terus bersyukur dengan apa yang dimilki sekarang.

Allah S.W.T menguji orang yang diatas dan dibawah dengan ujian yang berbeza. Yang membezakan antara satu sama lain, adalah bagaimana kesyukuran mereka.

Adakah yang diatas, akan menyombong diri dengan kekayaannya? Atau adakah yang dibawah, akan sentiasa mengeluh dan menyalahkan orang lain tanpa berusaha?

 

#3-Disiplin, Keperluan Dahulu Kemudian Keinginan

Keinginan manusia tidak ada batasnya. Sebab itu, ramai orang sedar dalam berbelanja kita perlu utamakan keperluan dari keinginan.

Tapi sebenarnya kesedaran kita hanya setakat itu sahaja, belum cukup untuk menahan diri kita dari berbelanja terus. Lagi-lagi bila ada diskaun besar-besaran, kempen turun harga dan jualan akhir tahun yang sudah tentu membuka mata kita untuk rebut peluang tersebut berbelanja lebih.

Bukan tidak boleh untuk berbelanja lebih masa barang tengah murah, cuma perlu berhati-hati. Ingat, harus ada disiplin utamakan keperluan dahulu daripada kehendak.

 

Pengurusan Wang dan Tulisan Tangan

Dalam ilmu analisa tulisan tangan, individu yang mempunyai saiz tulisan kecil digambarkan individu yang teliti dan terperinci. Dalam berbelanja, anda akan membuat senarai terlebih dahulu dan membuat kira-kira untuk melihat kepentingan barang yang hendak dibeli.

Ini contoh saiz tulisan kecil:

Individu yang memiliki tulisan kecil juga lebih suka berfikir daripada bertindak. Jadi, individu seperti ini mempunyai pengurusan kewangan yang terkawal dan tidak terlalu boros.

 

Cabaran juga mahu mengajar diri sendiri dengan cara hidup besederhana. Tapi cabaran yang payah inilah akan menjadi mudah apabila kita berlapang dada. Semoga dengan berlapang dada dan besederhana kita beroleh kehidupan yang tenang, bahagia membahagiakan. Insha Allah.
Menarik untuk dibaca: 3 Konsep Hidup Tenang & Rahsia Tulisan Tangan

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’.

Admin.

 

” Mempelajari Ilmu Analisa Tulisan Tangan, Anda Boleh Membongkar Potensi Diri & Mengenal Pasti Danger Traits Dalam Diri Anda “

Insha Allah, dapatkan rujukan yang menarik untuk anda!

Info lanjut, layari website ini: http://graphology.com.my/buku-love-till-jannah/
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2223444

 

Leave a Reply