Setiap kali kita rasa serabut, tertekan dan sedih kita mencari-cari sumber kekuatan yang dapat dijadikan tempat untuk kita berpaut, melepaskan lelah bagi menenangkan hati dan fikiran seketika.

Sokongan sosial adalah antara kaedah terbaik dapat menjadi sumber kekuatan untuk mengurangkan tekanan dan meringankan permasalahan yang dialami oleh seseorang.

3 JENIS SOKONGAN SOSIAL DALAM PERHUBUNGAN

#1-Sokongan Emosi

Sokongan emosi kebiasaannya lahir dalam bentuk tindak balas secara spontan seperti memberi pelukan, memegang tangan untuk menunjukkan kebersamaan anda bersama dengannya ketika dia sedang kesusahan.

 

#2-Sokongan Kata-kata

Sokongan dalam bentuk kata-kata sesuai ditujukan apabila seseorang itu mahukan motivasi dan semangat yang dapat jadi pemacu untuk mereka apabila sedang kecewa.

Selalunya mereka yang sedang dalam situasi tersebut sangat mengharapkan ada seseorang yang dapat membantu menaikkan semula semangat mereka. Memancing mereka dengan kata-kata positif dan memberi keyakinan mereka mampu menghadapi masalah tersebut. Dalam masa yang sama, anda sedang memberitahu mereka bahawa anda percaya mereka akan berjaya melaluinya.

 

#3-Sokongan Maklumat

Sokongan jenis ini terdorong ke arah berkongsi maklumat dan pengetahuan yang anda miliki untuk mereka mendengar. Kebiasaannya, penceritaan pengalaman lebih menarik minat mereka daripada dibentangkan dengan fakta-fakta sedia ada.

Harus diingat, mereka yang sedang menghadapi masalah sering terganggu emosinya.

Oleh itu, dalam sokongan sosial, pengendalian emosi secara positif juga akan turut membantu memudahkan proses penyelesaian konflik yang berlaku.

 

Emosi dalam Tulisan Tangan

Menjadi individu yang suka memberikan sokongan moral kepada orang lain dan seseorang yang sedang berjuang dalam konflik, kedua-duanya harus tahu menjaga diri terutama emosi yang akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Ini contoh tulisan individu yang boleh bertindak atas kewajaran dan berfikiran rasional:

Gambaran individu yang rasional boleh dilihat pada gaya penulisannya. Gaya penulisan dengan arah tegak, tidak condong ke kanan atau condong ke kiri.

Jangan berlebih-lebihan melayan emosi, tidak pula tiada beremosi langsung ada kesannya nanti. Menguruskan emosi biar berpada-pada, bertindak rasional itu lebih baik.

Dalam perhubungan, kita memerlukan pasangan yang dapat mengawal emosi dengan baik dan senang untuk dibawa berbincang.

” Rahsia Memahami Pasangan Dengan Analisa Tulisan Tangan “

Info lanjut, layari website ini: http://graphology.com.my/buku-love-till-jannah/

Setiap orang mempunyai cara penerimaan yang berbeza yang akan membuatkan mereka terkesan dan boleh bangkit semula keluar dari permasalahan yang berkumpul. Jadi, sangat penting untuk kita ketahui jenis-jenis sokongan sosial yang boleh membantu orang lain kemudian suai padankan mengikut situasi yang terjadi.

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

Leave a Reply