Dimanakah gaya komunikasi anda yang dominan? Gaya manusia berkomunikasi dapat dipecahkan kepada tiga iaitu visual, auditori dan kinestetik.

Ketiga-tiga bentuk komunikasi yang disebutkan tidak akan dapat berfungsi dengan baik tanpa izin Allah S.W.T.  Allah telah kurniakan pancaindera yang hebat dan sihat kepada setiap mahluknya untuk dimanfaatkan pada perkara kebaikan.

Sebelum dibentangkan tiga gaya komunikasi kita, mari lahirkan rasa kesyukuran kepada Allah dengan mengakui kekuasaan dan kebesaranNya :

“Daku mengaku tiada daya dan kekuasaan untuk melihat, mendengar dan bercakap melainkan dialirkan daya penglihatanMu dan pendengaranMu Ya Bashir Ya Sami’ serta kekuasaanMu Ya Baari. yang Maha Menggerakkan yang menggerakkan lidahku”

GAYA KOMUNIKASI KITA

#1-VISUAL

Individu visual peka dengan bahasa yang melibatkan penglihatan. Contohnya “Saya nampak”, “Saya lihat”, “Saya ingat” dan “Pandangan saya”

Dari penglihatan, mereka akan mula berimaginasi dan menyimpan maklumat di otak mereka.

Informasi yang diterima melalui gambar lebih mudah bagi mereka untuk paham berbanding hanya mendengar, seperti mendengar di radio.

Oleh itu, kelebihan bagi mereka yang visual ini daya ingatan mereka kuat terhadap sesuatu tempat, penceritaan dan peristiwa. Jika diminta untuk melakar semula seperti yang asal mereka akan dapat melakukannya.

 

#2-AUDITORI

Individu auditori peka dengan bahasa yang melibatkan pendengaran seperti “Saya dengar” dan “Orang kata”

Dengan pendengaran, individu ini cekap menangkap nada dan lontaran suara yang dikeluarkan sehingga jika diminta untuk bercerita semula mereka dapat mengulanginya dengan baik

Telinga mereka peka pada perkara yang didengarinya sama ada maklumat tersebut disampaikan oleh orang lain atau daripada media massa.

Fakta yang jelas sangat penting bagi individu auditori kerana mereka ini jika diberi pilihan antara baca buku sendiri atau bersama dalam kumpulan belajar mereka akan memilih berada di dalam kumpulan.

Bersama dalam kumpulan akan ada perbincangan dan sesi soal jawab. Pada masa yang sama individu auditori belajar untuk fokus dan memahami maklumat yang didengarinya.

 

#3-KINESTETIK

Individu kinestetik peka dengan sentuhan dan rasa.

Individu kinestetik akan lebih terangsang dan memahami jika penerangan diberi dalam bentuk emosi dan bahasa tubuh. Meneka individu kinestetik melalui bahasa yang banyak mereka gunakan seperti “Saya rasa” dan “Saya buat”

Berkomunikasi dengan individu seperti ini perlu bijak memancing minat mereka dengan kita perlu berpura-pura ceria, matang dan ambil berat terhadap diri mereka.

Mereka mudah menunjukkan apa yang mereka rasai dan tidak menyembunyikan perlakuan mereka. Jika dalam komunikasi bersama mereka kita dapat meneka jika mereka masih bersama dengan kita atau tidak berminat untuk meneruskan perbualan.

Kecemburuan individu visual dan auditori terhadap individu kinestetik. Individu kinestetik suka pada kerja yang memerlukan pergerakan kerana mereka ini tidak boleh duduk bersahaja seperti individu visual dan auditori.

Jadi jika ada aktiviti jualan produk, individu ini akan diutamakan bagi mewakili syarikat kerana mereka pandai bergaul, tahu menarik perhatian dan mendekati pelanggan.

 

KARAKTER PADA TULISAN TANGAN

Dalam sembilan asas analisa tulisan tangan salah satu ciri terpenting adalah margin tulisan. Umumnya margin tulisan dilihat sama ada margin kanan, kiri atau tiada margin.

Anda pernah jumpa orang yang menulis tanpa margin? Maksudnya penulis menggunakan semua ruang dan memenuhi setiap sudut kertas dengan perkataan. Gambar di bawah adalah beberapa jenis margin tulisan yang kita akan jumpa pada

Contoh tulisan tanpa margin anda boleh rujuk gambar bernombor 11 di bawah.

Penulis yang menulis tanpa margin digambarkan sebagai orang yang selalu sibuk dan kuat berusaha sehingga dia tidak membenarkan ruang-ruang kosong memenuhi hidupnya. Ada ketika ego anda tinggi dan suka menguasai semua yang dia mahukan.

 

Dua minggu lepas, kami telah selesai dengan Seminar Jom Hijrah Dengan Tulisan Tangan dan Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancar serta mendapat maklum balas yang positif dari para peserta.
Bagi yang tidak dapat bersama kami pada seminar lepas, tidak perlu kecewa.

Anda dijemput untuk hadir ke Seminar Advance Brain Writing bulan Februari ini di mana lebih banyak ilmu anda akan dapat mengenai tulisan tangan.

Jemput ramai-ramai luangkan masa emas anda di seminar kami.
Boleh dapatkan harga promosi dengan admin. Hubungi admin di 016-9237881

 

Kepentingan mengetahui gaya komunikasi tidak hanya terhad pada diri sendiri. Ianya juga dapat memberi manfaat dari sudut lain seperti memudahkan pergaulan dalam hubungan sosial di luar, memahami personaliti orang lain dan cara bekerja kita.

Wallahua’lam, Biidznillah Ya Baari

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

Leave a Reply