Dilema majikan pada hari ini berhadapan dengan isu pengurusan organisasi yang majoriti keahlian daripada pekerja tempatan. Bukan pekerja tempatan tidak bagus, mereka yang dipilih adalah yang terbaik malah kelulusan mereka juga setanding dengan jawatan yang mereka peroleh. Cuma, pekerja tempatan kini merasa selesa dan kurang inisiatif untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan mereka.

Keselesaan berada di takuk yang sama. Silap-silap haribulan, pekerja asing digaji bagi menggantikan tempat pekerja tempatan.

 

CABARAN PENGURUSAN ORGANISASI

1.KERENAH DAN KELAKUAN  INDIVIDU

Suasana pejabat penuh dengan kerenah pekerja yang pelbagai.

Latar belakang pendidikan yang berbeza memerlukan masa untuk mereka mencipta persefahaman. Ada juga syarikat yang suka mengambil pekerja yang berlainan bangsa dan budaya, disini menjaga sensitiviti sesama pekerja diutamakan.

Pengurusan sikap pekerja menjadi antara cabaran yang paling hebat setiap hari. Manusia banyak dipengaruhi dengan emosi. Terlampau mengikut emosi kesannya negatif pada diri (tekanan kerja) dan hubungan dengan orang sekeliling.

Berdepan dengan sikap orang lain yang kurang serasi dengan pemikiran kita adalah contoh cabaran.

Tindakan dan kebijaksanaa majikan amatlah berguna untuk mengawal situasi ini. Satu keperluan bagi majikan sebelum mengambil pekerja kaji dahulu sikap dan personaliti pekerja

Etika kerja yang menerapkan nilai-nilai moral seperti disiplin, bekerjasama, hormat-menghormati dan bertindak adil dapat memberi impak positif pada hubungan rakan sekerja dan antara majikan dan pekerja bawahan.

 

2.MENGEJAR KUANTITI DAN KUALITI

Majikan mengharapkan penghasilan kualiti dan kuantiti kerja dalam masa yang singkat.

Ada hari sekejap sahaja kita dapat hasilkan lebih satu kerja yang berkualiti. Di hari yang lain pula kita perlukan masa yang lama untuk mendapatkan hanya satu hasil kerja yang berkualiti.

Produktiviti kerja yang tidak menentu dan terikat dengan masa. Kita tidak dapat melawan masa. Masa tidak terhenti dan tetap bergerak.

Berada dalam keadaan tersebut, kita tidak boleh melakukan kerja terburu-buru. Tidak dapat berfikir rasional nanti. Susun kerja mengikut kepentingan.

Jika kita dalam krisis dan mahu urusan diselesaikan dengan segera, mohonlah pertolongan dari Allah:

” Allahumma Ya Awwal, Ya Rashid, sesungguhnya Engkau Maha Mempercepatkan setiap sesuatu, kami ini hambaMu yang tidak mampu mempercepatkan dan melajukan projek kami, kami merintih dan merayu kepada Mu agar dengan kehebatanMu, projek ini dapat disiapkan dengan segera untuk kebaikan manusia demi kerana mencari redhaMu”

 

3.KEMAHIRAN KEPIMPINAN

Organisasi yang berjaya dari pengurusan yang bagus dan diketuai oleh pemimpin. Pemimpin bukan seorang, malah semua ada bakat untuk memimpin. Bakat kepimpinan boleh dibentuk pada sesiapa.

Kepimpinan yang lemah menjejaskan organisasi. Organisasi akan bergerak perlahan dan berpotensi membuat keputusan yang silap. Kesannya matlamat syarikat tidak tercapai dan sudah tentunya kerugian wang ringgit.

Mahukah anda melihat cara kepimpinan individu daripada tulisan tangan?

Kaedah grafologi (analisis tulisan tangan) mengatakan ada beberapa ciri tulisan yang menunjukkan imej yang bagus terutama sekali pada tahap kepimpinan seseorang. Antara ciri tulisan tersebut adalah pada tandatangan.

Contoh dibawah adalah tandatangan dari pemimpin yang terkenal, Tun Dr. Mahathir dan usahawan yang berjaya, Tony Fernandez:

 

Sekarang cari persamaan pada kedua-dua tandatangan tersebut.

Jumpa?

Kajian grafologi menunjukkan garisan lurus di bawah tandatangan memberi imej individu ini seorang yang bertanggungjawab. Sifat tanggungjawab salah satu ciri yang diperlukan pada seorang pemimpin.

Tapi jangan sampai garisan melintang tersebut memotong tandatangan, lain maksudnya nanti…

Selepas ini cuba UBAH TANDATANGAN ANDA UNTUK LEBIH HEBAT DAN LEBIH POSITIF !!!

Mahukah anda menjadi peribadi contoh kepada orang lain?

Jom bersama kami di SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN pada 28 Januari 2018 ini bagi merungkai personaliti anda dan khususnya untuk membawa perubahan yang positif ke dalam diri.

Butiran lanjut untuk PENDAFTARAN ADA DISINI

Pengurusan organisasi yang terdiri daripada pekerja tip top, kualiti dan kuantiti yang seimbang seterusnya dipimpin oleh pemimpin yang terbaik dapat melahirkan sumber manusia yang cemerlang.

Wallahu’alam, Biidznillah Ya Baari.

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

Leave a Reply