Masa itu adalah hamba Allah. Mohon Allah bantu kita untuk adil dalam menguruskan masa bagi menjalani kehidupan di dunia. Pada masa yang sama cukup juga bekalan untuk akhirat.

Allah menyeru hamba-hambaNya mensyukuri nikmat masa dan menggelarkan orang yang tidak mengurus masa dengan baik sebagai orang yang rugi seperti yang dinyatakan dalam surah al-‘Asr yang bermaksud:

“Demi masa! Sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan sentiasa nasihat-menasihati dalam kebenaran dan nasihat-menasihati dalam kesabaran.”

 

BECOME A MASTER OF YOUR TIME:

1)Create effective time management

Bagaimana mahu menguruskan masa sebaik-baiknya?

Ini perkongsian daripada pengasas Handwriting Analysis Academy Malaysia, Dr. Azura Hashim berkaitan pengurusan masa yang efektif.

Contohnya seorang ibu nak uruskan keluarga, nak kemas rumah dan dalam masa yang sama juga bekerja. Hidup seperti terkejar-kejar sepertinya masa tak cukup. Lama kelamaan ianya menjadi tekanan dalam kehidupan dan keluarga.

Seseorang itu akan merasa bebanan dan cenderung untuk cepat marah. Itu adalah simptom-simptom stress iaitu salah satu penyakit hati. Apabila penyakit hati timbul, syaitan mudah menguasai diri kita.

Sebenarnya teknik mengurus masa itu mudah. Begini:

1. Semakin banyak membaca Al Quran, kehidupan semakin mudah.

2. Allah akan hadirkan bantuan-bantuan di kiri dan kanan.

3. Jadikan Al Quran sebagai teman setia. Contohnya balut Al Quran cantik- cantik dan bawa kemana sahaja.

4. Ada sahabat menyarankan sediakan satu buku nota kecil untuk senaraikan semua masalah yang kita hadapi. Dari situ, amalkan mengaji setiap hari dan lihat satu-satu masalah akan diselesaikan oleh Allah mengikut caraNya yang penuh kreatif.

5. Boleh juga menukar jurnal tersebut kepada jurnal kesyukuran. Senaraikan segala kesyukuran kita atas kurnia yang telah dilimpahkan oleh Nya.

6. Baca juga terjemahan Al Quran. Berdoa supaya Allah Ya Alim Ya Hakim membuka mata hati untuk memahami isi kandungan Al Quran dan menjadi pedoman hidup di dunia.

7. Mohon juga Allah berikan kefahaman untuk memahami hadis sebagai pedoman hidup di dunia.

Membaca Al Quran ibarat sharpen the saw, menjadikan masa lebih produktif. Semua orang memiliki masa yang sama. Namun, bukan semua mampu melakukan lebih banyak pekerjaan, tanggungjawab, amanah dan ibadah lebih daripada apa yang dilakukan oleh orang lain.

 

2)Clear about you priorities

Pengurusan masa bersama kerja, kedua-duanya sama penting dan perlu bergerak sehaluan. Tahu mengurus masa, tetapi gagal meletakkan keutamaan kerja pada masa yang betul juga akan mendatangkan masalah di kemudian hari. Akibatnya, tugasan yang perlu disegerakan menjadi tertangguh dan masa lapang terisi dengan perkara-perkara tidak penting.

#1-To Do List

To Do List sebagai panduan untuk kita merancang gerak kerja yang akan dilakukan sepanjang hari. Tugasan dibahagikan mengikut tahap keutamaan sama ada high, medium, low.

Bagi tugasan-tugasan yang short time dan segera, senarai to do list akan membantu kita kekal dalam track dan melaksanakan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Sesuai untuk short-term vision tetapi kurang sesuai untuk long-term vission.

 

#2-Jadual Kalendar

Penyusunan jadual kerja dalam bentuk kalendar akan memudahkan perancangan ke arah short-term vision dan long-term vision. Kita boleh membahagikan gerak kerja yang disertakan dengan deadline. Kita juga dapat menjadualkan rancangan masa depan yang lebih bersistematik dan memberi ruang untuk buat persediaan dari segi bacaan, bantuan alatan, tenaga dan sebagainya. Boleh mendahulukan kerja-kerja yang penting dan kurang penting ke hadapan tanpa menganggu kerja-kerja yang mempunyai deadline yang tetap.

Jadual kerja dalam bentuk kalendar menampakkan flow atau tempoh masa yang tinggal untuk menyiapkan jadual kerja sebelum tarikh akhir. Mempunyai masa yang panjang sebelum tarikh akhir senang membuatkan seseorang itu cenderung untuk leka dan bermain-main. Kurang sense of urgency dalam diri semasa bekerja dan berpotensi meminggirkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan lain dalam hidup.

 

#3-Time Management Matrix

Dalam time management matrix, tugasan kerja dibahagikan mengikut empat ciri-ciri ini iaitu:

  1. Segera dan penting
  2. Tidak segera tetapi penting
  3. Segera tetapi tidak penting
  4. Tidak segera dan tidak penting

Pengurusan kerja mengikut time management matrix ini membantu kita mengawal gerak kerja berdasarkan ciri-ciri tugasan. Ada keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi. Sebahagian masa menyelesaikan tugasan kerja rutin dan selebihnya adalah masa peribadi untuk tanggungjawab pada diri dan keluarga.

Setiap orang dari kita mempunyai common goals yang sama iaitu untuk menjadi manusia yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan keluarga. Walaubagaimanapun, aspek ibadah dan kerohanian sering diketepikan. Sedang kita tahu akan soal berkatnya masa apabila kita menjaga hubungan dengan Allah S.W.T. Seharusnya meletakkan ibadah wajib itu sama penting dan segera dengan tugasan lain. Tanpa berkatnya masa, tugasan yang biasa dilakukan dan boleh disiapkan dalam masa sekejap juga akan mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikannya.

 

Rahsia Tulisan Tangan: Karakter Kebolehan Mengurus

Kebolehan mengurus adalah kebolehan menyusun tugas secara sistematik serta menggunakan masa dan sumber yang ada dengan sebaiknya. Dalam kajian analisis tulisan tangan, karakter individu yang mempunyai kebolehan mengurus dengan baik dapat dilihat pada huruf f kecil yang seimbang bulatan di zon atas dan bawah.

Ini contoh tulisan huruf f yang seimbang bulatan di zon atas dan bawah:

Individu yang mempunyai kebolehan mengurus dengan baik dan ditambah lagi dia seorang yang teliti, pasti boleh menghasilkan gerak kerja yang tersusun dan terperinci.

“Become a master of your time, Being clear about your priorities” adalah antara isi penting dalam Habit 3: Put First, Things First daripada buku The 7 Habits of Highly Effective People. Dahulukan perkara paling penting dalam hidup dan dalam masa yang sama jangan sesekali abaikan keutamaan hidup yang lebih besar (tugas hamba untuk mengabdikan diri kepada Pencipta Agung) sebelum peluang untuk berkhidmat ditarik kembali.

“Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang”. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih“

(Surah an-Nisa’: 18)

Semoga kita sama-sama dapat menjalankan tanggungjawab wajib kita kepada Allah dengan segera, tanpa tertangguh dan lalai lagi. Syukurlah kita masih diberikan kesempatan masa dan kesihatan yang tidak membataskan pergerakan kita. Lahaulawala quwwataah billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

 “Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

(Surah al-An’am: 54)

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

 

Adakah anda sudah cukup kenal dengan diri anda?

Adakah anda seorang yang KELAM KELABUT atau SISTEMATIK?

Mari Mengenal Karakter Diri & Sahabat Sekeliling Daripada Tulisan Tangan

Info lanjut layari: http://graphology.com.my/the-powerful-secrets-of-handwriting/
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2223444