“Apa yang penting? Kerjasama!”
“Apa yang penting? Kerjasama!”
“Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah”

Mesej kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain adalah yang diketengahkan dalam siri kartun ‘Wonder Pets’ suatu ketika dahulu. Mesej siri kartun ini cukup memberi pengaruh yang positif, baik kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Walau mesejnya simple, tetapi apabila dinyanyikan bersama ketika melakukan kerja boleh mencetuskan semangat kesatuan, kesungguhan dan kecintaan antara satu sama lain.

Realitinya, ramai yang menyokong amalan bekerjasama adalah satu nilai murni yang patut diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Namun masih ada juga yang mementingkan ‘periuk nasi’ sendiri daripada saling menolong antara satu sama lain.

Boleh jadi mereka mementingkan diri kerana tidak merasakan adanya manfaat untuk memberi kegembiraan kepada orang lain dan kemungkinan juga tidak memiliki rasa percaya terhadap orang lain.

Janganlah kita mementingkan diri sendiri dan bersangka baiklah kerana tanpa sedar banyak manfaat akan diperolehi daripada amalan bekerjasama.

 

10 ‘S’: Together, We Are Better

#1-Sebab kita makhluk yang diciptakan untuk saling memerlukan. Kita bersaudara, kita makhluk sosial.

#2-Sebab dengan bersama akan mudah mengalir kasih sayang Allah Ya Rahman, Ya Rahim untuk kita membina hubungan atas landasan kasih sayang yang sebenar. Pertamanya, mohonlah kepada Allah dengan hati yang ikhlas,

“Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’, satukanlah hati-hati kami dengan kasih sayangMu. Bersihkan hati kami Ya Quddus agar sentiasa bersangka baik dan hormat-menghormati Ya Barr Ya Karim”

#3-Sebab dengan bekerjasama, daya fokus kita lebih kuat pada tujuan, misi dan visi yang ingin dicapai.

#4-Sebab bersama dalam kumpulan, kita boleh cipta solusi yang lebih baik dan mendapatkan penyelesaian yang lebih kreatif daripada bekerja sendiri

#5-Sebab dalam kumpulan, akan dihimpunkan ilmu dan pengalaman orang lain yang boleh diambil sebagai pengajaran, iktibar dan motvasi.

#6-Sebab apabila bersatu kita menjadi kuat dan boleh mengembara lebih jauh.

TO GO FAST, GO ALONE. TO GO FAR, GO TOGETHER!

#7-Sebab bersama dalam circle yang positif, kita boleh saling menasihati, memberi peringatan dan teguran antara satu sama lain.

#8-Sebab dengan bekerjasama kita dapat menjaga diri dari mengharapkan penghargaan manusia, jaga diri dari sifat sombong, bangga diri dan riak.

#9-Sebab Allah menyukai hambanya, apabila mereka bangun pagi mulakan niat dengan kebaikan untuk memberi manfaat kepada orang lain. Salah satunya adalah melalui aktiviti kerjasama dimana kita memenuhi keperluan dan keinginan yang diperlukan.

#10-Sinergi. Menurut Kamus Dewan, sinergi adalah usaha sama antara individu atau organisasi yang hasilnya adalah lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian.

Konsep sinergi ada dikupas oleh Dr Stephen R. Covey dalam bukunya The 7 Habits Of Highly Effective People.

  • Synergize is the habit of creative cooperation. It is teamwork, open-mindedness and the adventure of finding new solutions to old problems.
  • Synergize is a process. Through that process, people bring all their personal experience and expertise to the table.
  • Synergy lets us discover jointly things we are much less likely to discover by ourselves.

 (Info dari topik Habit 6: Synergize)

 

Rahsia Tulisan Tangan: Saiz Tulisan Gambaran Imej Diri

Bagaimana mahu menyatukan kerjasama antara individu introvert dan individu ekstrovert?

Menjawab persoalan diatas, kita perlu saling memahami kehendak dan keperluan masing-masing. Pemahaman terbina dengan dimulakan melalui perkenalan. Pentingnya kita mengenali individu sekeliling untuk membantu interaksi, pemahaman ideologi dan mendekatkan hubungan antara satu sama lain.

Seronoknya mempelajari ilmu tulisan tangan untuk kita mengenal diri dan kenal orang sekeliling. Saiz tulisan menggambarkan cara pembawaan diri bersama orang lain terutamanya mereka yang rapat seperti ahli keluarga, adik-beradik, pasangan dan rakan sekerja. Gambaran awal yang teserlah dari personaliti seseorang memudahkan kita untuk memahami mereka dan menjalinkan kerjasama yang diperlukan.

Saiz tulisan seseorang berbeza dan selalunya dikategorikan dengan saiz kecil, terlalu kecil, sederhana, besar dan terlalu besar.

Walaubagaimanapun saiz tulisan kita, semuanya terletak diatas diri kita sendiri. Sikap bekerjasama boleh dipupuk dan disemaikan ke dalam jiwa kita andai kita memberi peluang pada diri dan membuka peluang kepada orang lain untuk take part dalam perkara yang di lakukan.

Kerjasama membawa kemajuan diri.
Pandangan dan tujuan kita tidak hanya 100% terarah untuk kepentingan “kita” semata-mata. Bahkan lebih meluas dan kehadapan lagi untuk memikirkan kepentingan “saya”, “kamu” dan “mereka”

Wallahu’alam. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Admin.

 

Tahukah anda, selain tulisan tangan, tandatangan juga mencerminkan personaliti seseorang?
Tandatangan itu UNIK, EKSKLUSIF dan HAK MILIK PERIBADI setiap individu. Seharusnya, tandatangan itu membawa pengenalan diri yang positif dan berkepimpinan.

Jom hadir bersama kami ke Seminar “THE POWERFUL SECRETS OF SIGNATURE” yang akan menyelongkar rahsia di sebalik tandatangan seseorang.

Info lanjut, boleh layari: http://graphology.com.my/the-powerful-secrets-of-signature/
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2223444